Jom Menabung Untuk Anak-anak!

I Support Breastfeeding!

Lilypie Breastfeeding tickers

nuffnang i like!

Menabung Demi Pendidikan!

Monday, December 27, 2010

Kemenangan Leg Pertama Milik Kita!


Semalam, mama join En Ayah tengok bola. Mulanya macam hambar je permainan. Maybe player kita kurang yakin tapi masuk je separuh masa kedua, pemain kita mula dapat rentak. Permainan diorg cukup menarik dengan kehadiran playmaker Nurshahrul Idlan jersi no 9. Gol pertama disumbat oleh Safee Sali walaupun mulanya agak kecoh bila penjaga gol Indonesia membuat bantahan sebab katanya ada pancaran laser ke mata dia dan i tu mengganggu fokus dia. Monyet betul la penyokong yg buat macam tu. Itu mesti tak tau apa2 pasal bola. Kalau Referee cakap kita bersalah, silap2 free2 je Indonesia menang 3-0 (mata penalti kata En Ayah). Tapi nasib menyebelahi pemain kita yang bertungkus lumus berperang kat padang.

Dalam leka menonton, ada pulak budak yg kurang dapat perhatian semalam buat terjun tiruk sampai terhantuk kepala kat dinding. Makanya hilang fokus mama menonton bola semalam sebab nak memujuk budak bertuah tu. nAsib tak benjol~

Permainan diteruskan walaupun ada masnya, Malaysia nampak kelam kabut tapi, ketajaman playmaker kita bermain, membantu la pasukan kita memperoleh gol kedua menerusi Ashaari. Ayah, cakap kalau dapat tengok Safee heading macam hari tu best sikit..
Hmm...lepas tu, tak silap minit ke 80 kot, Safee Sali berjaya menunujukkan ketangkasan kepala dia menheading bola masuk cateeekkk ke gol lawan....

Sudahnya? KITA MENANG 1st LEG!
tak sabar nak tunggu second leg kat Indonesia
Semoga player2 kita kuat sebab kat sana, mama yakin penyokong sana lebih fanatik!

Tahniah Harimau Muda!
Ngauuum!!!

image sorce: www.harimaumuda.com

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...