Berkongsi pengalaman membesarkan anak lelaki yang energetic, lasak dan banyak akal serta si gegel bambam yg sangat kelakar!
Tuesday, December 22, 2009
lagi lagi afzal....
Khamis lepas, kami balik Klang sebab nenek Afzal dah rindu sangat dengan cucu kenit ni. Sampai Klang, dia buat monyok je...Lembik je... Nenek hulur tangan nak dukung pun dia bolayan... Pastu nenek dia give up, nenek pun keluar dari bilik kami. Afzal angkat kepala senyum2 pergi kat ayahnya. Tiba2 nenek buka pintu balik, Afzal cepat2 buat lembik tapi disebabkan tak sempat nak cari port bagus, dia melepek kat tepi katil...kelakar sangat tengok gelagat dia. Bila nenek panggil lagi, dia buat2 merajuk. Aku cakap kat mak, dia buat2 je mak. Cuba mak acah dia pulak. Nenek pun buat2 keluar bilik.Afzal terus merengek nak kejar nenek. Nenek masuk bilik balik and gelakkan Afzal. Terus dia dukung and bawak Afzal turun ke dapur. Apalagi, aktiviti favourite Afzal dengan nenek....MAKAN..hehe...yang penting rindu nenek terubat tengok gelagat si Afzal. akmi dok sampai Sabtu petang. Sempat la keluar tengok wayang dengan Farul.
Labels:
afzal
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment