Berkongsi pengalaman membesarkan anak lelaki yang energetic, lasak dan banyak akal serta si gegel bambam yg sangat kelakar!
Thursday, May 28, 2009
Faedah?
Breastfeeding mempunyai banyak faedah untuk anda dan bayi anda. Susu badan kita kaya dengan pelbagai nutrien yang diperlukan oleh bayi. Ia mengandungi antibodi yang membantu meningkatkan ketahanan bayi anda terhadap jangkitang penyakit. Ia juga membantu menghalang bayi anda daripada alahan. bagi anda pula, ia memudahkan dan bersih dimana anda tidak perlu mencuci botol susu atau membancuh susu formula. Ia membantu mengecutkan rahim anda ke saiz normal selepas bersalin dan membantu anda kembali ke bentuk badan asal dengan lebih cepat. Dengan menyusukan bayi anda, anda akan lebih dekat dengan bayi anda.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment