Berkongsi pengalaman membesarkan anak lelaki yang energetic, lasak dan banyak akal serta si gegel bambam yg sangat kelakar!
Thursday, May 28, 2009
Bagaimana Untuk Memulakannya?
Cuci tangan anda sebelum setiap kali anda menyusukan bayi anda. Pertama sekali, letakkan ibu jari tangan di atas payudara anda dan lain-lain jari di bawah payudara. sentuh bibir bayi anda dengan puting sehingga bayi anda membuka mulutnya dengan luas. Masukkan keseluruhan puting dan aerola anda ke dalam mulutnya dan peluk rapat bayi anda ke dada. Ini akan membenarkan rahang bayi anda menyedut dan memicit kilang susu di bawah aerola. Apabila bayi anda menyusu dengan betul, kedua-dua bibirnya tidak akan kelihatan termuncung sebaliknya pipinya akan kelihatan mengembung. Anda akan dapat lihat, rahangnya bergerak ke hadapan dan ke belakang. Sekiranya anda merasa sakit ketika bayi anda menyusu, kemungkinan cara penuyusuan anda tidak. ketika menyusu, hidung bayi anda akan menyentuh payudara anda. Namun, itu tidak akan mengganggu pernafasan bayi. tetapi jika sekiranya anda bimbang ia mengganggu, anda boleh menekan dengan lembut payudara anda agar lebih ruang untuk hidung bayi untuk bernafas.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment