Lately, ramai yang tanya apa petua saya. macamana saya boleh jadi kurus... bila saya cakap takde apa cuma jaga makan.semua tak percaya. hmm...saya rasa semua ni berkat menyusukan anak. masa saya mengandung, right before saya bersalin, sempat saya timbang. berat saya 75kg. sebelum mengandung, berat saya hanya 53kg. maknanya, dah 22kg berat saya naik. risau saya dibuatnya. saya ni jenis yang jaga badan. orang yang suka bersukan...biasalah...lepas bersalin, saya timbang berat saya 64.4kg. ada org yang gelakkan saya.katanya, saya takkan kurus macam dulu lagi. saya cakap takpe la...dulu kurus tak sihat.sekarang yang penting saya sihat. tapi dalam hati, Tuhan je yang tahu. kecik hati saya bila orang memperlekehkan berat badan saya. saya simpan dalam hati semangat untuk kembali kurus.
masa mengandung, saya memang berniat untuk menyusukan anak sebab saya memang dilahirkan menghidap eczema (alahan kulit). risiko untuk dapat anak yang juga menghidap eczema lebih kurang 40-60%. jadi saya tahu sengsaranya eczema, saya tak nak anak saya menghidap eczema. jadi saya mnyusukan dia sepenuh hati sambil dalam hati berdoa anak saya sihat. disamping tu, kakak saya dan juga kawan saya yang merupakan ketua jururawat di tempat kerja saya selalu ingatkan, menyusu badan boleh membakar kalori dan boleh buat kita kembali ke berat badan asal. saya memang percaya seratus peratus. jadi sebulan, dua bulan saya menyusukan anak, saya tengok perubahan terlalu sedikit.hampir tak ada. hampir putus asa. tapi dalam hati takpe la, menyusu ni niat untuk dapat anak yang sihat. so saya teruskan. orang yang pernah menyusukan anak akan tahu perasaan saya ni. bukan apa menyusukan anak adakala leceh. tapi kalau kita bijak, kita rasa very convinient sebenarnya. ok, berbalik pada cerita, saya nak kuruskan badan, saya pergi gym. kat tempat kerja ada disediakan gym untuk para pegawai. dua hari saya pergi gym, perut saya sakit yang amat sangat. rupa2nya, usus saya tercedera. kawan saya cakap org yang masih baru opertaion tak boleh bersukan berat, bimbang akan tercedera especially usus. so, saya stop. saya tunggu sampai anak masuk 6 bulan, saya beli dance simulator sebagai alat bersenam yang ringan. tapi tak lama, saya jadi boring sebab saya dah masuk level berapa tapi rasa boring. Akhirnya, saya stop semua aktiviti kecuali menyusukan anak sampai hari ni. makan saya jaga. takde lagi snek yang bergula tinggi. banyakkan makan buah, roti dan nasi masih makan macam biasa. air sejuk kadang2 saja. biasanya saya akan minum air suam. hari ni berat saya 56kg.
memang menyusukan anak boleh kurus. dengan syarat kita jaga makan.makan makanan yang berkhasiat. sebab ia penting untuk kita dan anak kita. bila menyusukan anak, lemak kita akan dibakar. bayangkan kalau kita makan makanan yang berkhasiat yang kurang lemak, lemak yang ada dalam badan kita akan dibakar sedikit demi sedikit.jadi mudahlah kita kuruskan badan. cuba lah ye!
No comments:
Post a Comment