Berkongsi pengalaman membesarkan anak lelaki yang energetic, lasak dan banyak akal serta si gegel bambam yg sangat kelakar!
Monday, April 19, 2010
Sentosa Island...
Rabu lepas, mama pi Sentosa Island untuk short course ultrasound. Mama kan sonographer so, kenalah mama berkorban hatta wang ringgit sekalipun untuk memajukan diri mama supaya Afzal bangga dengan mama. Malam selasa tu mama hantar Afzal ke rumah nenek sebab nenek nak sangat jaga Afzal. Rindu dan sayang kan Afzal. Tapi mama rupanya tak kuat mana, dalam kereta on the way back to Cheras, mama dah nangis. Mama tak sampai hati nak tinggalkan Afzal dalam keadaan Afzal masih lagi menyusu. Nasib baik ayah pandai pujuk. Esoknya, berangkatlah mama ke Singapura. dalam flight lagi sekali mama hampir menangis teringatkan Afzal. Sampai je kat Singapura, bos dan kawan mama ajak mama jalan-jalan sebab course tu bermula hari Khamis. So, ikut la jalan-jalan. Mama pesan kat kawan mama jgn sebut pasal anak takut spoil mood untuk bersiar-siar dengan kawan. So, sampai malam mama bersiar-siar siap lagi pergi 4D magix kat Imbiah Lookout. Esoknya, mama start kursus. breakfast di Siloso memang best tapi tak semua halal untuk dimakan. Sama juga di Capella Hotel. Course dari pagi sampai petang so, makan minum semuanya di Capella Hotel. tapi first day, mama cuma makan seafood stew dan sayur goreng. Dah la tu mama kena pulak Diarhea...hmm...petangnya, mama ikut diorang pergi Arab Street. Asalnya nak survey jalan ke Airport tapi last minute plan tukar pergi cari makanan halal di Arab Street. Seronok memang la seronok tapi dengan perut yang memulas2 memang rasa lesu sangat and lama2 jadi moody...Tapi dikutkan saja kaki mereka2 berjalan akhirnya sampai juga ke bilik. Mama tidur puas-puas tapi esoknya masih tak dapat recover kepenatan semlam menyebabkan mama tertidur sepanjang lecture sesi pagi. Tapi lepas Tea break, mama dah kuat sikit dan berjaya teruskan usaha hingga ke penghujung hari. Petangnya, mama dan kawan2 keluar untuk beli sikit cenderahati untuk family tapi tak seberapa sangat sebab mama cuma bawa S$150 je.tu pun dah guna masa di Imbiah Lookout. Tapi mama happy sebab dapat beli untuk semua orang. Esoknya, mama lebih bersemangat sebab last day meaning mama akan pulang berjumpa Afzal. So, mama concentrate habis masa lecture sampai pukul 12, mama balik hotel untuk checkout. Then, mama rehat dulu sebelum bertolak ke Airport pukul 5.00ptg. Sampai di Airport, mama dan kwn2 pergi makan di restoran Popeye yang Halal. tak le sesedap mana tapi yang penting halal. pukul 9.30mlm, penerbangan ke Malaysia bermula dengan beberapa kali bergegar disebabkan cuaca buruk malam tu. Tapi alhamdulillah mama berjaya pulang ke Malaysia. Esoknya, mama pergi amik Afzal tapi Azfal menangis beriya2 sambil panggil ayah. sedih mama sebab ada orang salah anggap kononnya Afzal tak rapat denagn mama. Diorang tak tahu betapa rapatnya kita kan? Tapi biarlah mama pendam rasa hati mama. Yang penting lepas tu Afzal nak juga mama and kita tak berenggang sampai sekarang....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment