Semalam balik dari kerja, terus pergi makan. Just makan kat kedai sebab tak sempat nak masak. Ayah kena kerja malam. So, order la air bandung suam and nasi goreng ladna untuk dimakan bersama. Ntah apa anginnya, taknak makan. Just nak main sudu. Air sirap bandung pun tak diminumnya. Cuma kuis-kuis dengan sudu. Tengah main, tetiba sudunya terjatuh. Mama ambil la nak cuci. Boleh kat tengah-tengah kedai( kami dok meja tengah sekali) tu dia menjerit macam kena tinggal sebab ingatkan mama nak buang sudunya. Hishhhh, budak ini la....Bila sampai nasi goreng, mama cuba suapkan si Afzal, tapi dia merengek nak suap sendiri. So, terpaksa la tolak pinggan depan dia. To my surprise, dia elok je boleh cedok nasi and suap mulut sendiri. Walaupun tak laju macam kita, still a good development. Sejak ada kehadiran Afzal, banyak perkara baru yang mama belajar. 'Miracle' atau kata lainnya, Kuasa Allah SWT. Cukup indah bila kita tengok bayi yang pernah satu ketika dalam perut kita, sekarang dah boleh berlari, menari, melompat, bercakap dan ketawa. Tambah lagi bila dia cukup suka ikut perlakuan orang dewasa. mandi sendiri, makan minum sendiri, pakai kasut sendiri. Cukup berbesar hati dapat saksikan sendiri pertumbuhan anak. Alhamdulillah mama panjatkan arsa syukur kepada Allah SWT kerana mengurniakan anak yang sihat dan bertenaga macam Afzal.
No comments:
Post a Comment