Berkongsi pengalaman membesarkan anak lelaki yang energetic, lasak dan banyak akal serta si gegel bambam yg sangat kelakar!
Tuesday, February 9, 2010
Training Punya Pasal...
Last week, mama pergi training wataniah. Since kawin, memang dah tak berapa aktif wataniah. So, tetiba mama teringat ROD mama dah nak expired. So, mama kena aktif balik untuk renew ROD. Tapi bad news, it is too late. Tapi mama masih ada peluang untuk 'recom'. Tapi still boleh training until may 2010. So, mama pun macam biasa la. Training sabtu dari pukul 2.30ptg-11.00mlm maknanya mama kena tidur kat kem sebab ahad ada training dari pukul 7-5ptg. Terpaksa la Afzal tidur kat rumah Umi malam sabtu tu. Mama ingatkan ok, tapi Afzal ok, mama yang tak ok. Mama tak boleh tidur and lama-lama breast mama dah makin membengkak sebab tak breastfeed Afzal. Esoknya, nasib kurang baik, mama kena masuk kawad untuk pembukaan latihan. Dengan tak cukup tidur dan sakit kerana bengkak susu, mama tetap teruskan. Ingatkan nak balik lepas tu, tapi kena pulak masuk meeting. 2 meeting2 in a row! Mula-mula boleh tahan lagi. Lama2 sakit dah sampai sebelah badan. sakit kepala, tangan kebas and kaki macam nak krem. Dada lagi sakit sebab bengkak tu menekan dada. Pukul 5ptg Afzal dengan ayah sampai untuk ambil mama. Cepat2 mama breastfeed Azfal. Kita singgah minum petang dengan Umi. Sampai rumah je, mama dah tak boleh nak buat apa. Berat sangat kepala ni. Dah tidur pun masih sakit lagi. Esoknya memang terpaksa ambil EL sebab tak boleh bangun. Sepanjang hari dok tidur je. Lepas telan beberapa biji PCM baru la ok. Tapi sampai sekarang masih terasa sakit on Lt breast. Rasanya, macam ada lump. Kejap lagi nak jumpa doktor. Nak buat Check up sikit...
Labels:
afzal
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment