Saya terbaca satu blog tentang breastfeeding mum. tak silap mamasalsabila. Perkara biasa bagi ibu yang cuba untuk breastfeed anak, akan rasa tertekan dan penat untuk melayan kehendak anak yang masih kecil. Biasalah, dalam menyusukan anak, kita perlu ikut keperluan (demand). Baby ni, cara menyusunya sekejap sahaja tapi lebih kerap bagi yang menyusu susu ibu. Bagi yang menyusu formula milk, takde masalah. Makanya, sesetengah ibu akan merasa bosan kerana terpaksa kerap melayan anak kecil ini untuk menyusu. Saya pun pernah mengalami masalah yang sama. Afzal kerap kali menyusu membuatkan saya rasa penat, bosan dan fed up. Tapi, berkat sokongan dan dorongan suami terchenta, berjaya juga saya menyusukannya sampai sekarang. Tapi tak fully breastfeed lagi sebab Afzal dah pandai minum dengan cawan so, saya pelbagaikan minuman yang berkhasiat untuknya sejak berumur setahun bagi memudahkan urusan apabila perlu. Afzal cuma dapat fully breastfeed sampai umur 3 bulan sahaja. Since saya masuk kerja,tak dapat lagi nak fully breastfeed atas masalah yang tak dapat dielakkan. Sepanjang menyusukan Afzal, banyak dugaannya. Pertama sekali, semasa Afzal lahir, susu memang tak banyak keluar sedangkan sejak 8 bulan mengandung, susu saya memang dah keluar dan kerap basah baju. Tapi bila dah lahir takde pulak. So, tanpa segan silu saya minta tolong ketua jururawat di HUKM yang juga kawan saya, KJ Fazilah. Tepaksa tebalkan muka bila dia pegang and cuba ajar anak saya menyusu denagn betul. Tapi tetap tak membuahkan hasil.
Alhamdulillah bila keluar ward saja, mak mertua saya bawa nenek tukang urut datang untuk urut bagi membanyakkan susu. Katanya tersumbat. So, berjaya la saya menyusukan Afzal selepas tu. Cuma, kadang2 penghasilan susu kurang membuatkan saya rasa stress especially bila si Afzal menangis merengek2 tak cukup susu. Banyak petua saya ikut tapi ada masanya berjaya, ada masanya takde hasil langsung. Walaubagaimana pun, segalanya dapat diatasi dengan baik.
Selepas lahir, Afzal kena demam kuning. So, saya usahakan menyusukan Afzal sebab doktor dan nurse cakap, dengan breastfeed kita dapat kurangkan demam kuning. Lagi satu, saya ni menghidap eczema sejak kecil so, risiko untuk anak saya menghidap eczema adalah 40% . Tapi bagi yang sudah merasa penangan eczema semestinya taknak anaknya kena eczema sebab hidup amatlah sengsara terpaksa menanggung gatal yang amat. So, breastfeed adalah satu cara yang berkesan untuk elak anak kena eczema. Alhamdulillah setakat ni nampak berhasil dengan mengikut nasihat mereka yang berpengalaman.
Lagi satu, bila menyusukan anak ni, yang paling best adalah apabila dapat tengok terus ke mata dia. Biasanya anak kita akan pandang straight ke mata kita dan kemudian senyum. Masa tu, cakap dengan dia apa yang kita nak out of him (tapi jangan over ye...anak tu kecik lagi...). Contohnya: "Afzal baik2 ye..". "Jangan nakal2...". "Mesti dengar cakap mama ayah...". "Jadi budak baik..". "Mama sayang Afzal, Ayah pun sayang Afzal...". Kalau pandai nyanyi,boleh juga nyanyikan untuk dia lagu kanak2... Dari sini, kita akan dapat mengikat pertalian anak dan ibu. InsyaAllah, anak kita ni akan rapat dengan kita. Akan dengar cakap kita..tapi jangan expect terlalu tinggi takut kita terlalu menekan anak. Yang penting apa sahaja yang kita buat untuk anak biarlah dengan hati yang ikhlas dan dengan penuh kasih sayang agar anak akan membesar dengan kasih sayang dan keredhaan ibunya. Dan kita sebagai ibu mendapat keredhaan Allah SWT. Amin....

No comments:
Post a Comment