Jom Menabung Untuk Anak-anak!

I Support Breastfeeding!

Lilypie Breastfeeding tickers

nuffnang i like!

Menabung Demi Pendidikan!

Tuesday, July 20, 2010

Sweet Cute Baby Smile Contest!!!

Create your own banner at mybannermaker.com!
http://intankuterpilih79.blogspot.com

Create your own banner at mybannermaker.com!
http://cutebabyonline.blogspot.com


NAMA SI MANJA : AFZAL AKHTAR
UMUR SI MANJA : 23 BULAN
NAMA IBU : NOR AMIZU

Nuffnang Ads Ney Ezzo' Giveaway!

Apekah mama sudah kena virus contest craze???? Ni lagi satu contest mama join. Tolongla kasi mamaafzal menang...HAHAHA! (gilos~)

JOM JOIN GIVE AWAY RUSIA & MESIR

Contest yang seterusnya ni pulak hadiahnya dari rusia and mesir. Join jek yang penting usaha tu ada ye tak?

"SimplyStyleShop 1st Giveaway"

hehe..mama ni dah takde idea nak post entry. so, mama join contest2 kawan2 blogger jela...

SimplyStyle Shop bermurah hati nak mengadakan Giveaway untuk semua pengunjung2 simplystyleshop

Syarat2 mudah je, hadiah pun Hot & Hit di pasaran


1st : Mesti ada Blog masing2 yer
2nd : Jadi follower kt SimplyStyle SHOP..ni bukan ape...supaya u all x ketinggalan info waktu announce pemenang peserta bertuah nanti :)
3rd : Buat satu entry tajuk "SimplyStyleShop 1st Giveaway" isi kandungan nya bebas..nak copy & edit ni pn ok
4th : Copy banner atas ni & letak kt sidebar u all & dalam entry pun kne ada banner ni tau
5th : Jemput/tag kan seorang rakan blogger anda & dia mesti tau die di tag...
6th : Inform penyertaan anda kat bwh post ni :) sertakan 
FOLLOWER ID :
&
URL ENTRY :
FYI: kalau comment problem email je kt saya simplystyleshop@gmail.com

Untuk melayakkan diri anda mesti
-Berada dalam Malaysia, kalau xde skrg pun masa penghantaran hadiah nnti alamat Malaysia je diterima ye-
-lelaki & perempuan boleh join-

hadiahnya ini
TADAAAA

Saje tayang muka...nampak x pe hadiahnya...hanger tudung/Tie/Belt
Multipurpose hanger
color : x semestinya sama dengan gambar ye
2 Peserta bertuah utama akan dipilih melalui cabutan bertuah untuk dapat hadiah di atas
3 cabutan seterusnya akan mendapat hadiah saguhati
hadiah saguhati belum ada gambar :) nnti gnie update
tapi yang berkaitan dengan tudung la..untuk lelaki..terpaksa la bagi kt isteri/awek/anak perempuan...huu sori

Important!!
GiveAway end 31st July 2010
Pemenang akan diumumkan on 1st August 2010
Hadiah akan dihantar on 2nd August 2010 (after semua tuntut hadiah)
sbb 1st aug hari ahad :)
Kepada pemenang2 sila alert & tuntut hadiah dalam masa 3 hari dari tarikh pengumuman, kalau x tuntut cabutan akan dibuat sekali lagi  untuk peserta lain pula :)
Seorang peserta hanya layak untuk terima 1 hadiah je ye :)


Harapnya bertuahlah badan...:o)

Monday, July 19, 2010

My Journey To Beautiful Body Part 1

Hari ni kali ketiga mama masuk Gym. Ala, bukan gym berbayar pun. gym untuk pegawai2 kat HUKM tu. Since dah join member, baiklah mama gunakan segala yang ada. Start Jumaat 2 minggu lepas. Mama set 1 jam atas treadmill. Then, Jumaat last week mama set 30 minit dengan speed 4.0. Alhamdulillah, badan rasa ringan and bertenaga untuk the whole weekend. Takde rasa nak tidur and lesu macam biasa. Since badan rasa segar je, mama pi gym lagi. Hari ni, lepas habis patient, mama masuk gym pukul 1.30 pm. Mama kat atas treadmill for 30 minutes with 4.9speed. Then buatlah exercise untuk kempiskan kebuncitan yang ada. Hmmm..best gila rasa badan ni. I've never been this fresh! Esok, maybe tak sempat pegi sebab ada appoinment ortodontik di KCKL. Takpe lusa masih ada..Chaiyok! Chaiyok!

Mama Zharfan 1st GA : ole2 from UK

http://suzie284.blogspot.com/2010/07/mama-zharfan-1st-ga-ole2-from-uk.html

  "I follow Miles of Smile because I always wanted to travel all around the world and reading your blog giving me a virtual travel to those kind of places. Love it!

Macam Orang Ketagih....

Hahaha! Itu la statement ayah semalam. Masa nak masuk tido, mama ajak "Afzal, jom tido. Mama nenenkan and Afzal kena masuk tido tau..." Afzal punya la happy. Seriously, tak penah sehappy tu. Yela, daripada pagi mintak nenen mama tanak kasik. dah besyar... Dia melompat sambil tepuk2 tangan lepas tu buat satu gaya yang pelik sangat. Ayah apalagi otomatik la terkeluar ayat "Macam orang ketagih!" Kitorang ketawa kuat gila semalam. Bila si Azfal rasa diri digelakkan terus je dia hempas badan atas katil buat golekan cute. I'm so happy to have you guys in my life....

Friday, July 16, 2010

... Lucky Draw RASP ...

Buat kesekian kalinya saya masuk contest and lucky draw. harap2 bertuah la badan hendaknya...amin...



Syarat2nya adalah :-

1) Just copy paste gambar lucky draw tu ke blog uols...

2) Buat a simple entri kat blog uols pasal lucky draw ni or nak copy paste syarat2 nie pun ok je...

3) Tinggalkan komen kat entri ahkak ni bila dah settle steps 1 & 2 ...

4) Peserta tak semestinya follower pun, and tak perlu jadik follower i ....


5) Peserta haruslah mempunyai alamat di Malaysia ya.....

Tu je syarat2nya...sap sap soi.....tarikh tutup 28 Julai 2010, 12 tengahmalam. Nama pemenang lucky draw akan disiarkan pada 30 Julai 2010. Cabutan nama-nama pemenang yang bertuah akan dilakukan oleh SH. 3 pemenang akan dipilih...Keputusan adalah muktamad!
GOOD LUCK TO ALL!!!!

Harga Petrol dan Gula Naik Lagi

Hmm betul2 tak faham kenapa hidup dalam Malaysia ni susah sangat?? Setahun 2-3 kali harga barang naik. Katanya nak meningkatkan taraf rakyat menjadi lebih tinggi. Dengan kenaikan harga barang yang makin melambung tapi gaji rendah dan takde bonus, BOLEH KE?? Susah nak dicerna dek akal seorang pekerja makan gaji macam aku ni. Agak2 ada tak orang yang boleh ekplen sikit apa yang dikatakan sebagai meningkat taraf rakyat kepada rakyat berpendapatan tinggi dengan gaji tak naik, bonus takde tapi kos sara hidup meningkat 2-3 kali setahun. Akai ada ka?? Gula naik sebab nak kurangkan penggunaan gula. Masalahnya, bukan kat rumah je guna gula. Para peniaga kedai makan akan ambil kesempatan kat sini. Buat air tawo heber pastu naikkan harga 20-30sen. Esp kedai *****! Air milo dah rm 2.50!! Nak raya ni lagi naikkan harga barang ke? Lama2 rakyat kat sini dah jadi macam negara miskin yang lain yang jurang kekayaan terlampau nyata. Orang politik dok gaduh2 yang jadi mangsa sapa? rakyat jugak.....

Ayah Dah Balik?

Semalam, lepas balik kerja ayah keluar for his second job. Mama masak a simple dinner. Nasi himpit untuk dimakan dengan nenek's sambal mentaram & kuah kacang dan goreng udang big size untuk Afzal. Kecur air liur bila teringatkan sambal mentaram yang dibekal oleh mak mertua masa balik Klang hari tu. Lepas dah masak, mama pergi mandi. Masa mandi dengar macam ayah dah balik. so, mama keluar tanya Afzal " Ayah dah balik ke?" "Ayah? Aaa...Yahhh? hu-uh" sambil geleng kepala and buat muka frust. Mama ingat Afzal main jawab je sebab mama konfiden ayah dah balik. Mama tanya lagi "Afzal, ayah ada? ayah dah balik?" "Ayah...?" dia geleng kepala sambil cemikkan muka macam orang kecewa sambil sambung main kereta merce kesayangan dia. Agaknya dia kecewa sikit kot takde orang nak main dengan dia. Ayah terpaksa kerja lebih, mama kena masak untuk kita makan. Sori ye sayang? Nanti kita dah banyak duit, mama dok umah jaga Afzal je...Mmmuah!

Thursday, July 15, 2010

Hadiah Untuk Afzal....

Petang ni mama quite free since takde clinic petang. So, I will have all the time alone in my room. So, apa yang mama nak buat adalah menyiapkan projek rahsia untuk anak mama sempena birthday akan datang.

Afzal ni apa kena???

Huarggghhhh! Menyuap yang ntah keberapa kali dah. Mengantuk sangat sebab tak cukup tidur. Semalam dah la tidur lambat sebab Afzal tanak tidur. Asyik nak mengunyah je. Bila dah tidur, pukul 3-4pagi dia dah bangun menjerit2, menangis nakkan sesuatu. Bila bagi tanak, tunjuk menda lain pulak. Main tarik2 tali pagi2 buta yang mama malas ni. Sudahnya, mama terpaksa dukung Afzal dengan mata yang ngantuk. Dah tu, bila mama dah ngantuk sangat, mama tidurkan Afzal sambil duduk. Afzal dah lena, mama sakit tengkuk sebab terlelap dalam duduk. Pukul 7 pagi baru mama bersiap nak pergi keje. Afzal dah pengsan dah. Disebabkan mamai tak habis lagi, mama tertinggal beg sekolah doktor (nursery kat spital) Afzal. Terpaksa la buat muka kesian nak mintak ayah tolong naik amik beg tu. Tapi lambat tetap lambat. Ewarga mama dah merah sebab lewat seminit! .Harap2 malam ni jangan la buat hal lagi. Mama kena buat sesuatu ni..Tapi apa ek??

Wednesday, July 14, 2010

Afzal's 2nd Birthday...

Hmm...Semalam Ayah and mama dok terfikir apa nak buat untuk sambutan birthday Afzal yang ke 2 ni. Tahun lepas, kita cuma pi makan kat luar je and balik potong kek ngan uncle Hariz. But this year rezeki ayah and mama lebih sikit berbanding tahun lepas. Rasanya, nak buat something special. Sambutan besar2 tu kita buat je kat nursery. Biar Afzal kongsi kegembiraan dengan kawan2 kat sekolah doktor Afzal tu. Sambutan kita 3 beranak ni, mama nak plan yang special. Aktiviti yang paling boleh buat Afzal happy sampai kepenatan. Apa ek?? Hmm...

Mama Yang Menanti...

Setiap hari mama dok tunggu bila la nak terima hadiah dari contest yang satu ni. Rasanya dah lebih sebulan kot. Excited pun dah hilang..Takpe la, maybe takde rezeki Afzal dah mama nak merasa hadiah tu. Baru terfikir nak post entry pasal hadiah tu tapi tak terima2 jugak..:o)

Nak Nenen bagi High Five!

Malam semalam, ayah ada keje sikit kat luar. Tinggallah Afzal dengan mama. Baru lepas makan terasa berat la sangat mata ni. TV pun takde cerita menarik. So, main je la dengan Afzal. Bila dah penat mula la dia dok baring sebelah.."ma...nenen..." kata Afzal dengan manjanya...Manja ada makna..biasa dah...Mama cakap  "Masa tido je boleh nenen..." So tau apa Azfal cakap? "Ido la....Do la...." sambil tarik tangan ajak tido sama. Masa nenen tu, Mama cakap..."kalau nak nenen bagi mama high five!"..Dia bagi high five..."Kalau Afzal tanak nenen, Afzal bagi mama high five!" Dia pejam mata buat2 tak tau je...Tergelak mama...Ulang beberapa kali pun result tetap sama...Hmm..Nampak gaya susah jugak nak stop breastfeeding ni...Tapi sekurang2nya, dia faham bila mama cakap nenen masa tido je...Siang takde nak mintak dah...Sayangggg anak mama ni!

Monday, July 12, 2010

Kelakar Betul!

Semalam, lepas dah 3 hari dok rumah Kak Long. Ayah datang amik kitorang. Masa dah salam2 dengan semua orang, Afzal, pusing and babai kat semua orang and cakap 'lik lik'..Hahaha! agaknya dia nak sebut balik dulu tapi pelat. Tapi nampak bersemangat sangat dia bila tengok ayah datang. Kemain lagi nak lik lik. Makin hari makin besar mama nampak Afzal. Rasa macam baru je bersalinkan kamu..dah pun besar...

Thursday, July 8, 2010

MC lagi...

Dah 2 minggu tak berapa sihat. Tak tau la kenapa lately badan macan seasoned je rasanya. Sindrom 30's kot. Kepala pulak sakit macam kena kepit je. malam nak tidur pun tak lena. So, tadi pergi jumpa doktor kat ENT clinic. Actually appoinment next week tapi dah tak tertanggung lagi azabnya. Orang nampak kita ceria happy tapi tak tau dalam ni menanggung sakit yang amat sangat. Kalau tak kuat semangat agaknya melepek je lah kat atas katil. Tapi disebabkan tak suka dok diam, tahan jugak. Pergi keje jugak. Tadi pergi klinik, sakit bagai nak pecah kepala ni sampai meleleh air mata. Doktor buat skop. Biasanya bila dah bius tak sakit bila skop. Tapi hari ni, sampai white coat doktor pun kena tarik. Pastu menangis sampai terjerit. Dah la ada student 4th year..Malunya!!!! Doktor tak berani teruskan skop sebab terlampau bengkak and ada mucus yang congested dalam ruang sinus tu. Patutlah kepala rasa berat. Doktor cakap instead of my rhinitis, dah jadi pulak sinusitis. So, dia bagi mc for 2 days. Maknanya, blog ni akan senyap sementara aku cuba  merehatkan diri buat sementara waktu ni..

Wednesday, July 7, 2010

Shopping Raya???

Sejak2 dapat gaji bulan lepas, rasa2nya, asyik dok membeli untuk raya je. Tengah2 sempit ni la nafsu beraya aku membuak2. Sudahnya, dah lebih Rm200 aku spent dalam masa seminggu. Huish, dasyatnya...Harap2 rezeki murah. Mana la tau, Prof nak bagi detail scan byk2.boleh gak buat duit raya...InsyaAllah..Amin...

Tuesday, July 6, 2010

Kalsium Itu Penting!

Dah dekat seminggu selsema dengan kepala pening. Semalam terpaksa EL. So, semalam jugaklah menggunakan masa untuk memikirkan kenapa lately ni selalu sangat sakit gigi and kerap pergi klinik gigi. Akhirnya baru lah terperasan, selama ni tak pernah kisah pasal kalsium. Tapi bila dah mengandung dan menyusukan anak, pernah sekali ukur kalsium. 77% tu maknanya saya dah osteopenia. Berpotensi untuk kena osteoporosis. Masa tu, beli banyak2 pil kalsium tapi tak makan pun. Simpan je... Tapi bila fikirkan balik semalam, maybe sebab kurang pengambilan kalsium dan pada masa yang sama menyusukan  anak menyebabkan gigi saya ni selalu sakit dan mudah rosak. Time tu la kelam kabut, beli susu and makan pil kalsium yang dah beli hampir 6 bulan lepas. So, kepada para ibu yang menyusukan anak, jagalah diri kita juga di samping jaga anak dan suami...

Thursday, July 1, 2010

Antara Pizza Hut, Dominos dan Papa John....

Terpanggil lak untuk komen ketiga2 pizza segera kat Malaysia ni. Banyak lagi restoran2 pizza yang ada. Tapi so far 3 tempat ni yang sesuai saya comparekan kat sini. Actually, fot almost 10 years, saya memang setia dengan Pizza Hut. Memang suka sangat dengan pizza Hut ni. Tapi for the last 3 years ni, rasa macam kualiti dia teruk sangat. Dengan topping yang sikit and cheese yang makin menipis, dah macam makan pizza bun kat kedai bakery pulak. Contohnya Chunky Loaded tu. Saya beria ajak husband pi makan yg tu. Hmm...tapi kecewa sangat bila 'loaded' tu hanya pada nama je. Bukan pada hakikatnya. Then, kitorang berpaling arah ke Dominos. Sedap jugak tapi selepas mintak extra cheese baru la pizza dia rasa best sangat! Tambah pulak spagetthi dia Afzal suka sangat. Tapi yang paling best pizza Papa John! Memang best sangat. Rasa betul2 makan pizza. Dengan topping yang cukup. Cheese yang cukup and side dishes yang best. Contohnya, roti yang dicicah dengan garlic butter. Nyum!Nyum! Then baked rice with cheese pun sedap. Afzal pun suka! Sampaikan Farul buat declaration Papa John is officially our family Pizza Place! Haha lawak betul!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...