Jom Menabung Untuk Anak-anak!

I Support Breastfeeding!

Lilypie Breastfeeding tickers

nuffnang i like!

Menabung Demi Pendidikan!

Friday, October 22, 2010

Budget 2011

Mama malas nak bercakap pasal budget ni, 
bukan apa
Tak banyak membantu bagi diri mama pun
Mama tengok macam makin menyempitkan hidup mama je

Takpelah, dah gitu PEMIMPIN kita buat keputusan
Kita terpaksalah telan walaupun pahit

Cuma mama harap diorang fikir betul2,
keputusan mereka hari ni
bakal mengubah keputusan kita suatu hari nanti

Fikirkanlah......

Luahan hati rakyat yang didahulukan
sekian

Hari Ni Mama Kecik Hati...

google image

Tadi mama buat farewell untuk kawan sekerja.
Hari ni pulak last mama kat sini sebagai pekerja,
mulai minggu depan mama dah start cuti and get ready untuk ke Abex
So, buat makan2 jamuan kecik je
dengan budget ciput ni ha..

Dengar2 gaji pun masuk lambat
cett! "sini" dengan *A**B sama je
kuku besi betul!

Mama kerja gila2 last month mama kat sini pun
Gaji nak bagi lambat 
Alasan mama diberhentikan
Padahal mama bagi sebulan notis
Cettt poddaaah!!!!!

Dah la masa nak jamuan tadi ada yg sakitkan hati mama
Kotnye last day bior le elok sikit bercakap
Awak tu budak muda cakap biarlah berbahasa
Mama mintak tolong amik troli, buat muka
Mama mintak tolong mama sama2 angkat periuk kuah bakso, buat muka
dengan percakapan yang cukup buat mama sedih
Adusss! mintak TOLONG dik oiii!
Mama cakap "susahnya nak bercakap dgn budak ni, takpe lah akak angkat sorang..."
Last2
Mama buat preparation berdua dgn kawan mama
Yang lain cuma tanya bila boleh makan?
Dah start ke?
Boleh aku panggil budak2 lain? Kesian dirog ...
Kesian??
Mama dgn kawan baik mama tu tunggang langgang amik makanan
Korang kesiankan org2 yang tgah tunggu makan?

Sungguh kecik hati!
Tapi mama diamkan je sebab 
hari terakhir biarlah kita pergi cara baik

Korang, biarpun kawan kita cakap nak buat jamuan
Nak jamu kawan2 makan,
Adakah kita sebagai kawan tak boleh dtg tolong
Bukan suruh masak
tolonglah bancuhkan air ke atau susun atas meja
Yang lain dah diaturkan
Mintak tolong sikit je....
Jamuan sedikit delay, komplen
abih, mama berdua nak angkat makanan, nak beli ais
nak amik jeli kat supplier
nak bancuh air,
nak masak air,
tak terkejar diri ni...sungguh tak terkejar

Nasib baik tetamu2 lain yang datang ramai2 dgn  happy
makanan sedap2 and cukup
Rata2 datang mengucapkan selamat berjaya kat tempat baru
Yang sakitkan hati mama tadi,
jangan kata nak wish,
salam pun idok...
siap makan blah macam tu je...
Kita bukan nak org puji, tapi adat bila buat jamuan farewell,
kita akhiri dgn salam dan bermaafan,
itu lah tujuan kita berjamuan farewell,
tak gitu?

Maaaflah korang terpaksa dengar keluhan mama,
Mama nak pergi dengan gembira,
Yang penting kawan baik mama masih bersama,
kawan2 lain masih baik terhadap mama,
Itu lebih penting,
Setakat lalat sekor, mama diamkan je la
Cuma bercerita dengan korang
Supaya lega sikit hati yg sedih ni....
google image

Wednesday, October 20, 2010

Tuesday, October 19, 2010

PR or BN?- Apa Kesudahannya?

Haha...Sebetulnya, mama bukan ahli politik
Tapi mama teringin jugak sekali nak merasa kehangatan org berpolitik.
Lantas, last week mama hantar anak ke rumah nenek,
mama ikut En Ayah pi hari penamaan calon,
Seronok tau!

Mama ikut penyokong seorang yang tak asing lagi.
Kagum tengok sokongan pelbagai bangsa, agama dan lapisan umur.
Makcik, pakcik, muda, tua dan paling tak sangka golongan muda,
bijak berkata2 dan fikiran lebih matang.

Mama ikut serta perarakan. Siap lagi tayang muka kat kamera.
Kot2 masuk paper (gila glamer rupanya..ahaks!)

Petangnya, mama pergi pidato
Pidato penerimaan pencalonan
Masing2 cukup petah dan lantang
Yang mama terpikat, kebijaksanaan mereka berkata2,
Semuanya cukup isi dan mesej
Tiada kata2 cemuhan atau carutan untuk lawan ereka
Tapi penuh dengan isi dan kata2 semangat!

Mama suka lalui hari tu
Jiwa rasa bersemangat
bukan untuk membuat onar 
tapi bersemangat untuk terus hidup dan mencapai kejayaan

Tengok perjuangan org2 ni,
Mama rasa nak ikut 
ketabahan dan kekuatan mereka
Cuma implimentasi kami berbeza
Mereka pilih politik
Mama pilih teknologi perubatan

Friday, October 15, 2010

Belanjawan 2011


Skang PM kita tengah bentang belanjawan 2011. Harapnya adalah
sesuatu yang lebih baik
Harapnya adalah berita baik buat government servant
Mana lah tau, kot2 dapat bonus 2 bulan.
Agak2 korang dapat tak?
Susah beno kami yang kerja gomen nak dapat bonus. 
Keje kat spital giler banyak, kalau dpt bonus sedap sikit hati ni

PM, bagi le bonus kat kitorang tahun ni yek
Tahun terakhir keje gomen biarlah dapat bonus...hehe

Awiah Awi Terima Anugerah Ibu Mithali


Mama suka part ibu mithali. 
Masa kecik2 dulu, suka cakap nanti bila kita besar, cik kita akan dapat ibu mithali jugak.
Kelakar jek. Tapi itulah dia, segenap pengorbanan ibu itu mesti terlihat oleh anak2.
Setiap pengorbanan cik (mak mama) kami adik beradik ingat.
Cuma persoalannya, mampukah kami 8 beradik ni membalasnya?

Jawapannya, walaupun segunung emas kami curahkan belum tentu dapat membalasnya,
Walau seluas lautan rumah kami bina, tak dapat menandingi kasih sayangnya,
Walau sebaik mana kami menjaganya, tak mungkin bisa membayarnya jasanya.

Kerana jasa ibu terlalu berharga,
kasih sayangnya, terlalu didamba
pengorbanannya adalah jiwa raganya,
tak mungkin kurang walau sesaat

Mama nak jadi macam cik,
Nak jadi ibu yang berjaya mendidik anak2
Biar mereka ke menara gading
biar mereka dapat mencorak hidup yang 
lebih berjaya
lebih bahagia
lebih diberkati
Agar bahagia bukan hanya di dunia
Agar hidup sentiasa di payung olehNya
Agar hidup tidak sia-sia




Thursday, October 14, 2010

'Glee's Jessalyn Gilsig files for divorce

'Glee's Jessalyn Gilsig files for divorce

Dah Nak Masuk era 30 an? Oh no...!

Next week mama is going to be 30! Cepat betul masa berlalu kan? Harapnye, future mama lebih cemerlang dan gemilang (cilok idea pak lah sikit). Tak tau nak sambut cemana...Ingat nak keluar 3 beranak pi bersuka ria sambil makan kek with no regret and pi makan2 the whole day without bother to cook. Masa ni lah nak malas2..I'm the Queen for the day kan? Agak2 apa ayah bagi birthday ni yek? Mama tak perlu lah hadiah fizikal yg mahal2. Kalau ayah bagi surprise celebration pun dah cuup menggembirakan hati mama ni...Pstt...Pstt...Ayah, sila baca Entry ni ye...Hehe

Hishhh! Haram nih!
Kahkahkah! bodoh tul!
Meriah sangat la pulak...
Ayah, tak dpt bagi Iphone 4, bagi kek ni pun mama dah hepi sangat!

Kemaruk Iphone tak habis lagi rupenye...hehe...Daaa!

image source: google images

Wednesday, October 13, 2010

Proton Inspira- Betul-Betul Bagus Ke?

image source: inspiranclub.com

Semua orang sibuk dengan kete baru ni. Tapi mama setakat ni masih setia dgan BLM mama dan yang akan dapat this week Viva mama (bukan ape, baru beli takkan nak jual ye tak..utang byk lagi tu...)
Apa2 pun bagi mama yang hanya mampu membeli dan memandu kete buatan Malaysia ni, harapan mama biarlah kete ni BERKUALITI setaraf dengan harga yang nak sama dengan kete Vios tu...Setakat ni mama amat berpuashati dengan Perodua (dulu pernah beli kelisa and guna for 5 years) tapi Proton ni, kureng sikit lah. cuma bila dah setahun pakai BLM tu rasa best and sayang pulak. Kira mama dah pasrah dengan kualiti yang bagi mama amat dianak tirikan. Kenapa? sebab, kat oversea BLM tu lebih murah dan berkualiti korang tau? Ok lah, pening dah nak membebel panjang ni...Bye!

Monday, October 11, 2010

10.10.10 Kemalangan Ngeri di Negeri Sembilan

Baru jek aura positif tengok banyak majlis perkahwinan diadakan hari ni (biasalah tarikh best...) , 
ada pulak berita yang menyayat hati. Mama tengok kat berita TV3 tadi. Kemalangan melibatkan 2 bas, 1 van dan 3 kereta. Kejadian berlaku dia Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran plaza tol Simpang Ampat. Apa lah nak jadi dengan driver bas ni. Tak serik-serik ke? Atau tugas diorang memang untuk mengurangkan populasi kat Malaysia ni? Fikir la...Orang bayar tiket mahal2 untuk sampai ke destinasi. Bukanlah untuk tempah tiket ke pusara....

Maaflah, entry mama ni sedikit tegang. Bukan apa, kesian mama tengok yang maut 12 orang, 
yang cedera 40 orang. Macamana dengan ahli keluarga diorg? Siap ada mangsa yang tergumam dgn apa berlaku.Macamana agaknya baru driver bas ekspres ni 
nak sedar?? Kalau mama salah sorang anggota JPA3 mahunye mama tempeleng muka driver tu. Kalau dia cuma cedera ringan la...

Korang ingat ye, kita drive kete ni biarlah berhemah. Kalau berlaku eksiden ni 2 perkara je, klau tak kita yang kena, orang yang tak bersalah yang akan kena. Kalau salah kita, kita kena itu pengajaran namanya...Kalau salah kita tapi orang lain yang kena, cuba lah korang fikir...boleh hidup ke dengan dosa tu?

image sorce:http://www.ohioinsurance.org

TARIKH KERAMAT 10.10.10 PERKAHWINAN DR SHEIKH MUSZAPHAR DAN DR HALINA


image source: thanks to http://www.penguin.com.my

Mama bukanlah salah sorang peminat angkasawan negara ni pun. Cuma tadi tergerak hati jugak nak tengok kemeriahan majlis perkahwinan Dr Sheikh Muszaphar yang dikatakan menjemput angkasawan seluruh dunia. Nasib baik ada siaran langsung, dapat juga tengok.Memang very the meriah siap potong kek bentuk Spaceship lagik!!  Kelesss...........! Apa2 pun mama mendoakan kebahagiaan diorang. Semoga cepatlah hendaknya mereka dapat zuriat. Hensem dengan cantik, mesti kiut anak-anak diorang kan?

Friday, October 8, 2010

Terima Kasih Jabatan O&G, PPUKM

Hari ni mama sedikit sendu tapi berjaya kontrol dan menghappykan diri. Tadi ada farewell lunch dari Fetomaternal Unit dan Jabatan O&G PPUKM sempena mama nak resign bulan ni. Tak sangka diorang manghargai perkhidmatan mama selama ni. Walaupun tak lama, tapi banyak kenangan manis bersama mereka. Kenangan pahit tak banyak dan mama tetap simpan sebagai pengajaran. Tapi Alhamdulillah, sejauh mana mama pergi, mama dapat persahabatan yang jujur dan utuh dari semua. 

Terima kasih semua, 
maaf kerana menangis tadi,
menangis bukan kerana sakit,
tapi menangis kerana
perlu meninggalkan kalian
tapi demi untuk terus maju
saya akur dengan perpisahan ini
semoga persahabatan terus kekal
semoga persahabatan terus utuh
semoga kemesraan terus terjalin
Walau dimana saya berada
saya tetap akan ingat O&G
paling saya ingat Fetomaternal Unit
Doakan kejayaan saya 
Walau di mana saya
Walau siapa saya
Walau apa saya lakukan
Kerana tak mungkin saya lupakan kalian
Sebab siapa saya sekarang
Adalah kerana kehadiran kalian dalam hidup saya
Terima kasih segalanya


Terima kasih segalanya....:o)

Thank You Mr Nuffnang!

Since Mr Nuffnang bermurah hati terhadap mama lately, mama nak buat entry pasal iklan yang diberi oleh nuffnang...

Air Asia.com
Kat sini ada banyak tawaran menarik serendah rm49 jek! Rugi tak tengok!

Citibank clear card
Ni pulak kredit kad. Mama pernah pakai clear card ni. Memang very easy. Siap ada tawaran menarik in term of rewards (korang memang suka free gifts kan?)
Haa...jangan tak tahu, jarang citibank nak bagi annual fee waiver.Kat sini ada.Apa lagi cepatlah apply satu!

Celcom Xpax with Blackberry
Ni untuk peminat blacberry. Dah murah sekarang...Student pun mampu especially student Diploma Teknologi Makmal Perubatan or nursing KKM. Mama dengar korang dpt biasiswa kan?heheh..Sesuai sangat utk yang tak banyak tipon luar. Beli ni guna Xpax prepaid. Tak penin kepala korang dan mak ayah korang tengok bil ujung bulan.Ye tak? Apa lagi for more infos, pi tengok sendirik kat atas!

Mekasih ye Mr Nuffnang. Hopefully rezeki mama lebih murah dan Mr Nuffnang jangan jemu bagi mama Buffered Earning ye?

Thursday, October 7, 2010

Anak Mama Sowang...

Afzal sekarang dah pandai ambik hati mama. Kalau dia main lasak, mama cakap sakit, cepat-cepat dia gosok balik. "akit...mama akit...?" Dah tu tengok je la, konfem muncung panjang je nak cium mama. Asal nak pujuk mama cium bibir mama ngan bibir muncung dia tu. Kalau tengah makan ikan goreng, alamat mulut mama pun lekat bau dan sisa ikan goreng berpindah dari muncung comey dia. 

Cakap pun dah pandai sikit2...Kalau mama buat2 nanges, nanti dia pujuk "Mama...angan angis..." alahai sweet....

Lately, mama pasang CD Barney je sebab nak bagi dia senang pick up English. Bantai la dia nyanyi lagu Barney walaupun tak jelas sebutannya sekurang2nye terubat jiwa yg penat bekerja seharian...Siap pulak dia menari, melompat ikut apa si Barney gemuk tu buat. 

Dalam kete pulak, kalau keluar lagu Hafiz AF, kemain nyanyi mcm org bujang nyanyi dalm bilik air..Adusss...cepat beno kome nak membesor yek..Tak puas mama menggentel kamu Afzal

Harap kamu membesar jadi HambaNya yang beriman, Anak yang soleh, serta insan yang berjaya dan baik terhadap org sekeliling...Amin.

Nama-nama Bayi

Lately ni ramai betul kawan mama melahirkan anak
Mama terfikir nak tolong expected mom 
Nak memudahkan depa orang mencari nama anak
Nama mencerminkan peribadi kan?
So, ada la sikit cadangan mama

Sahab-Kalau nak anak jadi Inspektor polis
Muzaffar- Kalau nak anak jadi angkasawan
Irfan-Jutawan Internet
Izzah- Wanita cekal

Last sekali
khas untuk blogger
bagi nama anak korang nama mama
confirm jadi pure blogger
kihkihkih

Ehh, mama gurau je nama2 atas ni.
Saja ngisi masa lapang
Kawan2 semua pakat cuti
Tinggal mama meroyan sorang2 kat opis

ok, can cin chowww!

Wednesday, October 6, 2010

Rokok Oh Rokok...


Mama bukan seorang perokok
Mama malah elergik dengan asap rokok (bole selsema tau)
Mama cari suami pun dengan kriteria bukan perokok
Mama harap anak bujang mama membesar sebagai yang bebas rokok

Kenapa orang nak merokok?
Mama pun tak tau
Hanya mereka yang tahu kenapa mereka merokok

Tapi kan rokok tak baik untuk kesihatan
Kenapa masih nak merokok?

Mama pernah kehilangan orang tersayang
Mama rasa mungkin sebab rokok
Dia pernah jadi perokok tegar
Dia dapat brain tumor
Pemergian dia sebab brain stroke
Mama masih sedih kehilangan dia
Mama terlalu sayang dan pernah rapat dengan dia
Harap Arwah ditempatkan bersama golongan HambaNya yang beriman

Korang kawan2 mama yang mama hargai,
Jauhi rokok ye?
Mama tanak hilang kawan sebab rokok
Mama nak kita semua hidup secara sihat
Malah bebas rokok boleh dapat Cemerlang!

Katakan Tidak Pada Rokok!

P/s: dulu mama ketua delegasi HKL ke Kempen Anti Rokok KKM

image source:http://santosubi.files.wordpress.com/2009/04/rokok1.jpg

Malas Dah Nak Bercontest....

Sampai hari ni dah berpuluh dah contest yang mama join. Tapi kebanyakannya, bila mama cek balik takde result pun. Hmm, penat je join tapi takde result. Tak menang takpe sekurang-kurangnya kita dapat tengok para pemenang pun jadilah kan? So, mulai hari ni, mama dah nak kurangkan xtvt bercontest mama. Mama nak tumpukan sepenuh perhatian menjaga intipati blog mama supaya dapat tarik ramai peminat dan pembaca. 

Psstttt...Psstttt...Korang nak tau? Buffered earning mama dah banyak. Tapi takde la banyak macam korang...Banyak untuk mama yang baru dapat buffered earning nih. Alhamdulillah....

Banyaknya Open House!

Sabtu ni mama tak tahu la macamana nak menyusun plan ni. ada 3 open house, satu undangan majlis kahwin and lagi satu jiran depan ajak datang rumah. huish...Ahad dah tak syawal dah.Maknanya, Sabtu kena pulun penuhkan jemputan kawan2 dan jiran2. Harap jangan la area bangi jam...Amin.

Monday, October 4, 2010

Masuk cepatttt....TTM buat LUCKY DRAW!!







Ini sticky post. Nak baca new post...scroll down yek...XOXO


TOPSYTURVYMUM FIRST LUCKY DRAW!


INI HADIAHNYERR..

TENG TENG TENG!









Syarat-syarat penyertaan:

1. Anda adalah seorang blogger. (InshaAllah lain kali aku buat lucky draw utk blogger dan reader pulak ye)

2. Beralamat/mempunyai alamat di Malaysia.(Bermakna yang berada di luar negara juga boleh menyertai kalau ada alamat di Malaysia.) 

3. Penyertaan mesti dibuat di dalam bentuk entry secara STICKY POST(Tutorial utk sticky post klik SINI) di blog anda. Caranya, copy je la entry ni.(1 profile cuma layak masuk satu penyertaan sahaja.)

4. Setelah siap buat entry, sila hantar link penyertaan anda di ruangan komen entry ini. (Nanti aku masukkan link blog anda kat entry ni)

5. Tarikh tutupnya adalah bila-bila masa sahaja dalam minggu ni(Sebelum Isnin depan 04/10/2010). Aku akan buat entry kalau dah tutup. Bila dah tutup, maka boleh hilangkan sticky post tu.

6. Pemenang akan dipilih DI SINI.

korang pun nak join? klik sini

Friday, October 1, 2010

Semalam yang suram...

Semalam terasa kesuraman. Kenapa ye? sebab mama nak berhenti kerja ke? ataupun sebab mama stress nak menguruskan hal2 berhenti ni? Atau pun mama terkedu masa scan patient pagi semalam. Ada perkara yang berlaku. Satu kes tu, mama rasa insaf bila satu patient yang datang ni, kedua2nya insan  istimewa. Tak boleh dengar dan bercakap. Tapi ada anak. Dia ada 3 org anak perempuan yang semuanya sihat. Nampak cara dia handle anak memang sangat penyayang. Tersentuh hati tengok diorg ni. Pastu diorg ni macam kita yang elok ni. Sentiasa tersenyum riang. Maybe happy bila tengok anak dalam kandungan. Tapi seingat mama, kebanyakan org yang mama scan mesti mcm moody sebab tunggu lama. Sekurang2nya melayan patient yang macam ni buat mama lebih bersemangat untuk scan patient seterusnya yang melambak.Mana taknya, sehari maam kena scan lebih 30 orang. Cuma Jumaat lebih relax sebab klinik cuma uantk family planning je. Apa2 pun mama happy sepanjang 4 tahun kerja di O&G PPUKM. Cuma nasib mama lebih cerah di tempat private dan mama akur....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...