Jom Menabung Untuk Anak-anak!

I Support Breastfeeding!

Lilypie Breastfeeding tickers

nuffnang i like!

Menabung Demi Pendidikan!

Friday, December 3, 2010

Jom Sebarkan Kepada Semua-Lee Xin Ru

Ini Sticky Post sehingga diberitahu. Untuk post terbaru, sila scroll ke bawah....:o)



Setiap kali mama dengar atau terbaca kes2 kanak2 hilang ni,
hati mama tak pernah lari dr bimbang.
Anak mama pun kecik lagi,
kalau mama tak boleh sehari berenggang dgnnya,
apa pulak perasaan ibu kanak2 di atas

mama mintak jasa baik kawan2 mama semua, kita sebarkan berita ni.
Harap2 kita dapat membantu menyelamatkan kanak2 ni.

Saturday, November 27, 2010

Afzal Hilang???

Ya Allah....Ni la yang mama risaukan. Budak Afzal ni tahap tak takut org. Semalam, mama bawak pi dinner since ayah takde, mama makan kat luar jek. Tapi Afzal ni, sesampai je jusco, dia tak mau makan. Nak main je. Perut mama kemain berkeroncong. Ikut jela.. Tapi sekali tu, mama tak tahan. Mama ajak dia pi beli roti. masa mama nak bayar dlm 5 minit je, dia dah hilang. Berlari sambil nagis la mama ni pusing satiu jusco. Rupa2nya, dia tolak kiddie car ke receptionist semula. Pastu guard pegang dia takut hilang. Mama rasa nak gugur jantung ni. Alhamdulillah semua selamat. Tapi my new lesson, mama takkan bawak dia pi jln2 selagi ayah takde....sekian...

Sunday, November 21, 2010

Seribu Kenangan~

teringin makan lobster

at the beach with his cousins

his very first block building success

thanks so much dear!

my life won't complete without this

It always Afzal, car and  food

like aunty like nephew...errr boleh ker?

my fav Pillsbury pan cake! yummy!

kena tag dr cik meow!

kena tag dek cik meow


syarat yang mesti kena buat (ada syarat siap,haha)

  • kena buat entry sendiri..gunakan kekretifan sepenuhnya
  • tulis 25 perkara yang orang tak tahu pasal korang..kire rahsia yang dah lame terperap tu kasi tunjuk la..
  • tagged 25 kawan yang lain..sekian..mudah bukan?haha

aduss....25 perkara yg org tak taw pasal mama? secret la....


okeh yg tak brapa secret la yek

1. mama ibu kepada seorg boy yg ganas, energetic dan playful
2.isteri yg setia
3.pekerja yg baik punye....
4.kawan yg baik
5.nama betul mama bermaksud air sejuk dlm bahasa jepun
6.mama ada dua blog   http://malaysiansonographer.blogspot.com
7.mama suka masak western food
8.mama dah penah gi 4 negara, rasa2 nak gi pusing satu dunia...
9.kerja mama banyak travel
10.mama ada 8 org adik beradik
11.mama org peng heng
12.mama pernah jadi jurulatih tali tinggi PLKN kem gambang
13.mama pernah minat giler dgn justin timberlake
14.fb mama utk kawan2 je...
15.mama suka bercakap tanpa hentii...
16.mama seorg yg garang 
17.cita2 pertama mama jadi peragawati...kehkehkeh...lawak sotong betul kan?
18.hobi mama masa sekolah rendah basuh pinggan dan sapu sampah...series la...
19.mama pernah buat 3 kerja dalam satu hari (hkl, tusyen,insurans)
20.mama penah jadi askar simpanan
21.mama pernah gila gadget dulu2
22.pernah berangan nak jadi treasure hunter (habis berlubang tanah kat umah kena gali...)
23.pernah jatuh chinta dgn lecturer sendirik
24.pernah lesbian ingat mama sekaum dgn diorg...eyyuuuwwwww!
25.selalu kena kutuk askar penakut dgn hubby sb takut cicak (jerit kuat punyer kalau nampak cicak!)


nak tag sape ye?

semua follower mama di tag untuk ini...azab tau....hehe

Friday, November 19, 2010

PERMATA BAIDURI

Tak silap mama ini lah tajuk buku tu. korang mesti ada yang penah dengar or baca buku ni kan? Kisah ni masa mama bujang trang tang tang lagi. Baru habis study. Mama dok umah bujang kakak mama. Nak dijadikan cerita, ada la kawan kakak mama ni, nak kawin so sibuk buat persiapan. Sekali tu ternampak dia dgn kakak mama berbisik2. Mama malas nak campur. Esoknya, kakak mama mintak tolong. Dia cakap kawan dia ni nak beli satu buku tapi segan sebab cashier tu lelaki. Mama dgn machonya cakap, eleh, beli buku pun segan. Takpe esok org tolong belikan (tanpa tau apa2 pun pasal buku tu.tak pernah dengar sebelum tu....) 

Mama pun pegilah. Akak tu cakap tajuk Permata baiduri, kaler bla-bla-bla (dah lupa). Masuk je terus jumpa. Mama pun pegilah bayar kat mamat cashier. Dia pandang mama mcm terkejut. mama buat2 tak tau (ingat org nak ngorat kita.buat2 la jual mahal...). So settle bab buku tanpa byk cerita...

Sekali bila mama nak kawin (kira kat 2 tahun slps tu), kawan mama ni (bujang lagi tau budak ni...) Dia pinjamkan mama buku tu. Bila mama bukak and baca buku tu, barulah mama recall balik. Cessss!!!! Patutlah mamat cashier yg ensem tu tgok semacam!!! Aku beli buku org nak kawin tu rupenye!!! Nasib baik aku tak jumpa lagi mamat tu dah. Malu beb!

Nak tau kandungan buku tu????

Shhhhh!!!!!!!!!!!

Thursday, November 18, 2010

Mama Dah Dapat Broadband!!

Haha! Mama hepi ni.
Ni tgah guna my OWN laptop and Broadband after a few months of considering samada nak
beli or just guna office punye. But, rasanya lebih baik beli sendirik and pendapatan tu kira bersih sikit la. Sekarang mama tgah lunch sorang2 kat Taj Curry House. Jess ada lunch date so, mama dgn hepinya dapat mengupdatekan belog yang dah bersawang ni. Anyway, Harap lepas ni boleh aktif dgn  blog ni.Daaa!



ALL MINE! Yahuuuu!

Wednesday, November 17, 2010

New Friends, Training, Makan2, Goodbye~

Seminggu ni, mama banyak belajar and make new friends. Seronok jugak walaupun dalam hati ada rasa rindu untuk scan fetus ni. Tapi mama cuba sesuaikan diri dan belajar secepat mungkin. Kerja ni tak terlalu berat buat masa ni. Mama rasa kerja ni yang paling mama kuat makan. Pastu free pulak tu. Our senior belanja kaw2 punye. Panmour, KFC, Pizza Hut, Briyani, Italian Food. Dasyat tak? Daripada turun 1 kg, dah naik 2 kg.kihkih...apalagi, balik tadi mama pun panjat le tangga dr ting 5 ke ting seploh. Risau beb, tadi mama entertain Carla (sila baca post sebelum ni yek..hehe). Jess nak bawak dia pi makan seafood kat airport subang. 
Mulanya tanak ikut tapi Jess cakap kat situ ramai Malay makan. Ok lah. Hmm...awal2 lagi mama cakap kt En Ayah, malam takyah beli sbab mama nak diet. Last2 tukaq plan, mama pi makan seafood dgn Carla and other colleagues (tapi mama dh mintak kebenaran utk balik lewat dr En Ayah~kebenaran suami ni penting okay!)
Tapi yang bagusnya, Carla tak minum so, mama rasa amatlah selesa dgn makcik ni.
Sebenarnye byk gambar nak tunjuk kat korang tapi dgn berukbeng ni mama rasa later la mama upload some pics (mcm2 gambar nak upload utk share ng korang...tungguuu~). 
Sebelum berpisah tadi, mama bagi sesuatu kat Carla. Mama beli balik keje smalam. Berpusing kat BMC tapi cuma ada satu kiut miut je. Yang penting dia happy. Carla happy sebab sesuatu tu ada tulis malaysia and ada beberapa gamba tourist spot yg fames kat sini. Mama happy dpt bagi sesuatu sebagai tanda penghargaan mama sebab dia betul2 care about me ( siap bagi basic on cardiac ultrasound utk mama baca dan belajar. niceee kan?)

Anyway, anyhow, still hoping that our senior will have a GOOD reason to make her come back here again sebab banyak lagi mama nak belajar dgn dia.
Thanks Carla. It is nice knowing you and I learn a lot from you!
Till we meet again
Have a nice trip back to Netherland!

Sunday, November 14, 2010

Carla Witkam-Clinical Application Specialist

Mama kenal Carla masa first time mama ikut Stanley untuk user training for carrdiac ultrasound machine Artida. di KPJ Selangor Specialist Hospital. Mula2 mama segan jugak dengan Carla ni. Rupa2nya dia peramah. She's from Netherland. Sama macam mama Application Specialist for Toshiba. Cuma dia berpengalaman for 13 years in Toshiba Europe.Banyak mama belajar dengan dia. Dia tak lokek ilmu macam kebanyakan european yang mama pernah dengar drp kawan2 specialist yg pernah belajar kat UK. Carla ni peramah, ceria and very motherly. Kami suka berborak pasal anak, pasal my turning point to be an aps and pasal my interest in being a sonographer. Actually, kami share the same turning point. Kami sama2 sonographer but of course she has 10 years exp while mama cuma 4 years exp. Our turning point is nak career advancement and something new and more to explore. But at the same time we never lessen our interest in ultrasound. We love ultrasound by heart. Kelakar bila fikirkan, mama jumpa someone yang sama dengan mama (that's what she said to me!) tapi dr berlainan bangsa, agama, umur dan background. Next week, she'll be back to Netherland and mama ingat nak cari souveniir from Malaysia untuk  dia.

Walking Is the Best Exercise

Pernah dengar tak? haa...ni la salah satu motto kat tempat kerja mama. Bangunan Wisma Abex ni cmua tiga tingkat. So, takde la lift. kena turun naik tangga. Tapi ok jugak sebab mama boleh exercise. Bila ada kerja kat hospital luar pun mama cuba jugak turun naik tangga. Bukan apa, bila dok bahagian cardiac ultrasound. Rasa macam tetiba concern pasal kesihatan jantung. Yelah, lagi pulak baru2 ni kita dikejutkan dengan berita Artis senior Shamrin fotograf meninggal dunia disebabkan serangan jantung. Tinggallah isteri yang masih muda dan sarat. Takziah untuk keluarga Allahyarham. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya. So, korang pun jalan lupa jaga kesihatan diri. Cuba exercise. kalau takde masa, banyakkan berjalan dan menaiki tangga masa berkerja...Mudahkan?

Friday, November 5, 2010

Alhamdulillah....Thanks Nuffnang!

Mama actually dah ngantuk. 
Tapi disebabkan masa ni je mama boleh BW, mama kuatkan juge mata ni.
 Susah kerja sekarang takde masa nak buka2 internet. 
berukbeng celcom ni pulak slow jek....
so, bila time cuti baru boleh BW...

Tadi dah lama tak jenguk nuffnang...
rupa2nya dah byk yg jd metered earning.yelah dah sebulan pun
Tapi alhamdulillah BE baru tak stop masuk
Harapnya boleh le kumpul macam RedMummy
Dasyatkan akak tu?

Tapi mama tetap ikhlas blogging 
bukan setakat kejar duit tapi memang mama suka berceloteh
sekurang2nya, sekarang kakak mama rindu
dgn celoteh mama.
mama dah tak berceloteh sangat sejak ada blog
sebab...

MAMA ADA KORANG UTK BERBORAK DGN MAMA
TAK GITU?





Thursday, November 4, 2010

My First Week In Abex!

Sedar tak sedar dah pun seminggu mama di Abex. Seronok jugak kerja kat sini. So, far mama dah baca all the specifications of all those 8 machines in Abex. Mama dah pun ada table of comparison. My secret weapon untuk any demo so that I can help my sales friend. Mana tau, bila sales banyak, mama dapat tempiasnya...bonus la apalagi....Stanley dah ajar mama famio 5. InsyaAllah kalau ada request or order from any klinik, mama akan turun demo. Hopefullu my first task will be a success!

Wednesday, November 3, 2010

Kerja Kosong- IT Support

kat tempat mama kerja sekarang, ada jawatan kosong IT support Junior and Senior
If any of you yang berkaliber, berpengalaman dengan personaliti yang menarik,
sila lah mencuba nasib anda...
Macamana? korang pi website abex medical system,
cari email HRD and send resume korang

Sori tak dapat nak bagi email address tu. Mama tak ingat and berukbeng ini sungguhla slow utk mama cek kalau2 mama ada simpan lagi email address dlm yahoo mama. So, korang cek la sendiri kat website tu. mesti adanya. Cepat! 

psttt...gaji kat sini best tau! ahaks!

Friday, October 29, 2010

JOM PARKING KAT BLOG BEN ASHAARI

Hehe..mama terbaca n3 adik shara yang shomel tu. 
Dia cakap Ben Ashaari baik hati nak pomot blog rookies ni. 
So, mama pun nak jugaklah. Hari2 viewer mama tak ramai mana, 
nampak gaya, kenalah mintak tolong Ben Ashaari tolong pomot. 
Kalau dia, mesti ramai pembaca dtg sini kan? 
Ben Ashaari punya follower dah 3 ribu lebih.. Dasyat kan?
Walaupun dah lambat, takpelah mama tetap selit jugak.Hehe...



Bila Bencana Melanda...

google image

Sekarang sana sini sibuk memperkatakan pasal gunung Merapi meletus di Indonesia,
banyak nyawa yang terkorban,
tak kurang juga yang hilang tempat tinggal.

begitu juga dengan mangsa banjir di China,
mangsa gempa bumi dan tsunami di Indonesia

hilang tempat tinggal,
hilang punca pendapatan,
hilang sumber makanan.
Mesti ketika ni,
ramai yang sedang kelaparan,


Bila tengok berita macam ni,
bimbang pula
Macamana kalau kita di tempat mereka?

mama selalu ajar Afzal jangan membazir
memang dia kecik lagi
tapi mama pernah hidup susah masa kat kampung dulu
Makan kami hanya kasi pagi, makan pagi
kais petang, makan petang
Masa tu Arwah ayah cuma nelayan
Kalau takde ikan, makan je dgn ikan kering dan kicap

Jadi, bila ada anak,
mama pantang tengok dia buang makanan
mama akan tegur "buang makan tak baik"
"berdosa membazir"

Mama taknak anak mama terlalu mudah dgn makanan
Mama tak sanggup bila tgok anak mama buang2 makanan
sedangkan di sana ada anak2 yg kelaparan
Harap bila Afzal semakin membesar, dia lebih faham
akan apa yang mama dan ayah terapkan

google image

Thursday, October 28, 2010

Takde Idea La Pulak

Hari ni mama berblogging awal sikit. 
broadband cuma laju pukul 3 pagi ke atas,
tapi, ada tapi nya...

Takde idea nak menaip apa untuk update blog
terpaksalah korang baca apa yg mama melalut

Eh, mama happy
nak tau nape?

hehe...

sebab Afzal dah improve wordpower dia
tadi dia dah pandai sebut remote

Hahaha! Happy tengok perkembangan dia

eh, ni bukan luarbiasa tau..

biasa je
cuma anak bujang mama ni
lambat dapat mulut
tertunggu2 mama nak berborak dgn dia
macam Mia Sara dlm cerita Adamaya
Kan ke pandai berceloteh tu...
Seronok kan kalau Afzal boleh macam tu
Mama ada kawan nak borak
itu pun kalau ikut mama
kalau ikut ayah, maknanya bercakap perkara yg perlu sahaja
tapi ok jugak,
jauh drp mengumpat...

ok lah, mama nak masuk tido
dah tak larat nak melalut panjang2..

Salam...:o)

Wednesday, October 27, 2010

Buffered Earning v/s Metered Earning?

Iklan BTS IT centre dah jadi metered earning
korang punya macamana?

Tapi nasib baik rezeki mama masih ada
En Nuffnang bagi tambah lagi buffered earning
Mekasih ye...
Tak sia2 mencari idea untuk dikongsikan bersama



Alhamdulillah bersyukur mama dengan rezeki yang dikurniakan.
Mama baru perasan dah banyak buffered earning masuk.
Tapi earning tu tak lah banyak
Apa2 pun mama tetap bersyukur
Thanks to Nuffnang!




Tuesday, October 26, 2010

Terima Kasih!

Birthday mama dah pun berlalu. Terima kasih kepada en Ayah. 
Walaupun terpaksa berkursus hari tu, tapi mama tetap happy sebab En Ayah bagi hadiah surprise 
malam sebelum tu. Walaupun En Ayah cakap hadiah dia tak mahal, takpe. Hadiah tu diukur dari segi 
how thoughtful  you are. 
Ayah bagi handphone. Dia cakap, selalu sangat PDA mama tu abis bateri 
(biasalah, smartphone ni bukan tahan bateri sebab byk application kan..) so, dia belikan basic phone untuk back up. Sekurang2 nya mama tak kelam kabut bila byk travel once kerja di Abex next week.
 Terima kasih sangat2 sebab sentiasa peka dengan keperluan mama. 
Disebabkan En Ayah takde, terpaksalah mama dan Afzal je sambut birthday. 
Mama beli sepotong kek kat secret recipe, and makan slow2 sambil menikmati petang yang relax dgan Afzal (oh, Afzal tak relax ye...dia belasah iced choc dgn whipped cream and goes totally hyperactive! 
tanyalah pekerja Jusco BMC~)
. If only he could be with us kan? 
Takpe, masa banyak lagi. Maybe this week boleh celeb dengan en Ayah. 

FAM akur, Sathia 'dibebas'

Berita Harian Online | FAM akur, Sathia 'dibebas'


Mama baru tau berita ni. Mama bukan gila bola tapi kadang2 mengikuti jugak perkembangan bola sepak Malaysia. Baguslah, Sathia dah pun 'dibebas'kan. Bukan apa, kira perlawanan final Piala Malaysia Kelantan v/s Negeri Sembilan adalah perlawanan yang boleh dianggap adil sebab sebelum ni, pergantungan Sathia boleh mengganggu persediaan pasukan Kelantan. Mama tak menyokong mana2 pihak cuma mengharapkan bolasepak di Malaysia lebih tertumpu kepada peningkatan prestasi bukan hal2 macam ni. Apa2 pun, semoga perlawanan akhir Sabtu ni dapat mempamerkan persembahan/permainan yang mantap! (En Ayah dan mama teringin nak pi Stadium tengok perlawan bola sama2...bila agaknya berpeluang ye?)

Friday, October 22, 2010

Afzal Si kenit

Semalam mama cuti so, bawak budak ni gi Mid Valley. Since awal lagi, kitorg pi main boling (opps...mama je yg main). Afzal jadi tukang sorak. Kecoh gila! Yang kelakarnye, bila bola masuk longkang, beria dia jerit yeay! Bila mama strike, mama kena angkat tangan baru dia jerit yeay!

Budak ni cepat membesar,
sekarang dah pandai cium2 mama,
tapi semalam dia cium bibir mama siap tutup mata tu...

Mama refuse yang tu..
Apalah Afzal ni
takyah la tutup mata
geli je mama tengok...
Hahaha!
nampak gatal je mamat kenit nih
Risau pulak mama

Tapi paling tak tahan,
tak mo balik rumah
dok main kat playgorund 
dia berlari keliling taman
mama ni dengan seluar jeans terpaksa la
kejar dia kat belakng
lagi kejar, lagi laju dia lari

Last2 mama semput
Tapi sampai maghring still nak main kat playgorund
itu sudah lebih ye sayang...

Apalagi dgn kuasa sailormoon,
mama dukung bukak kasut supaya dia tak lari lagi

Hah! melalak la sorang2 dlm kete
bila bagi oren jus
baru senyap

Afzal2...
Tapi mama tetap seronok spent masa dgn Afzal 
the whole day
walaupun akibatnya, kamera mama afzal rosakkan masa ngamuk 
takpe...anak lebih berharga (kata mama dlm hati...utk sejukkan hati okey!)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...