Jom Menabung Untuk Anak-anak!

I Support Breastfeeding!

Lilypie Breastfeeding tickers

nuffnang i like!

Menabung Demi Pendidikan!

Friday, October 15, 2010

Awiah Awi Terima Anugerah Ibu Mithali


Mama suka part ibu mithali. 
Masa kecik2 dulu, suka cakap nanti bila kita besar, cik kita akan dapat ibu mithali jugak.
Kelakar jek. Tapi itulah dia, segenap pengorbanan ibu itu mesti terlihat oleh anak2.
Setiap pengorbanan cik (mak mama) kami adik beradik ingat.
Cuma persoalannya, mampukah kami 8 beradik ni membalasnya?

Jawapannya, walaupun segunung emas kami curahkan belum tentu dapat membalasnya,
Walau seluas lautan rumah kami bina, tak dapat menandingi kasih sayangnya,
Walau sebaik mana kami menjaganya, tak mungkin bisa membayarnya jasanya.

Kerana jasa ibu terlalu berharga,
kasih sayangnya, terlalu didamba
pengorbanannya adalah jiwa raganya,
tak mungkin kurang walau sesaat

Mama nak jadi macam cik,
Nak jadi ibu yang berjaya mendidik anak2
Biar mereka ke menara gading
biar mereka dapat mencorak hidup yang 
lebih berjaya
lebih bahagia
lebih diberkati
Agar bahagia bukan hanya di dunia
Agar hidup sentiasa di payung olehNya
Agar hidup tidak sia-sia




4 comments:

Anonymous said...

salam kenal.tahniah untuk gelaran itu..bukn mudah dpt gelaran tuh..

Mamaafzal said...

ish..itu tajuk berita,...my mum dpt anugerah dari anak2 dia jew...:o)

Anonymous said...

takper ank bg anugerah lagi besar ertinya...

Mamaafzal said...

betul tu...:o)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...